header image
 

Jalan2 & Baju Baru

8.05am: The 1st gown i bought for my daughter. Cantik tak? Sedia untuk dipakai

8.20am: Setelah siap dipakai

9.30am: Program Jalan2 rumah sedara bermula.. 1. Rumah kak Alani & Batrisya

1.00pm: Balik Kampung BX Rumah Moyang

 

8.15: Kepenatan bersama baju baru. Masih kelihatan comel :)

 

Jom Jenjalan

Hari tu (2 mggu lepas) gi jenjalan kt Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang. Jaya Jusco yang terbesar kt Mesia ni kot.. Baru buka bulan November tahun lepas, tapi disebabkan aku dh pregnant ms tu.. aku malas nk jalan2 kt ctu.. mcm luas sgt.. Semalam bila kitorang pi.. mmg luas pun.. aku rasa kitorang jenjalan 1 wing & 1 level itu pun dah amik masa 1 jam. Tu pun dh sampai limit Laila.. dia dah lapar. Aku yg blum biasa lagi bf in public ajak spekei terus balik. lagipun mmg dah janji nk jenjalan kejap je.. sebenarnya nak try stroller yg pak usu belikan untuk Laila.. Plastik pun tak abis bukak lagi.. Dalam sekejap jenjalan tu tu pun, Sempat gak aku menyopping :)

Tengoklah.. sukanya laila naik stroller..

  

Citer Laila sekarang..

Pagi2 bangun tido senyum2 bila nak gi nurseri

Senja2 bila dh balik umah..  xnak main2 langsung dgn ayah & wan nya, nk tido sangat2.. langsung xnak main2 dgn ayah & wan nya.. mcm ni le dia kalau tak tidokan dia.. merah2 hidungnya.. tak tau le kenapa dia nangi sebenarnya..  mengantuk sangat2 sbb ptg2 tak tido kt nuseri atau merjauk dgn ibunya lepas 12 jam tak jumpa.. :)

Cabaran Baruku

Sebenarnya banyak juga cabaran untuk bf sepenuhnya lagi-lagi bagi ibu yang bekerja. Ibu saya sendiri tidak berapa yakin akan keputusan saya untuk bf sepenuhnya. Mungkin baginya ia agak leceh dan menyusahkan. Yelah.. dulu2 mana ada orang perah2 susu untuk disimpan2.. sekarang je.. kita baru dapat pengetahuan mengenai hal ini. Keadaan di tempat kerja juga tidak berapa menggalakkan. Di pejabat saya tahu hanya dua orang sahaja yang mengepam susu mereka. Yang lain2.. kebanyakkannya memberi anak mereka FM di waktu siang dan BF selepas waktu bekerja. Jadi kerja pam mengepam ni menjadi sesuatu yang agak aneh di kalangan mereka. Ada juga yang memandang rendah dan memperlekehkan ke atas ibu2 yang fully bfeed ini. Walau bagaimanpun, keputusan saya utnuk fully bfeed tidak akan berubah. Demi kebaikaan dirinya di masa hadapan.

 

Antara kata2 yang mencabar dan tidak menggalakan;

 

  1. Banyaknye beli botol,  Macam kilang susu!
  2. Boleh gerenti ke susu tu elok lagi
  3. Baby tu tak kenyang kalau isap susu badan je..
  4. Kau ni nak jual susu ke?

 

Siapa yang memberi semangat kepada saya untuk bfeed?

 

  1. saya sendiri
  2. Suami saya
  3. kawan2 saya yang fully bfeed;
  4. Nik kawan saya sanggup bercuti selama setahun tanpa gaji semata2 utk fully bfeed anak dia
  5. Jue ofismate saya, walaupun berjwatan kerani mempunyai kesedaran yang tinggi utk fully bfeed
  6. SIL saya, walaupun kurus banget dan bekeja.. tapi dia mampu utk fully bfeed anak2nya
  7. susu ibu.com yang menjadi rujukan dan sumber inspirasi saya untuk meneruskan niat saya ini.
  8. Cerita ini juga memberi semangat kepada saya;

Long journey for mother’s milk : Local : gosanangelo.com

Cerita pagi ini

Skang ni, aku dh tak sempat bfast kt umah. So sampai2 je ofis aku gi kafe di blok seberang sana untuk membeli makanan. selepas membeli nasi lemak kegemaran aku tu, terpandang aku dengan kuih muih yang diujual di gerai yang satu lagi. Maka aku capailah plastic bag dan masukkan kuih2 kegemaran aku, cekodok pisang, kuih kegemaran spekei sardine roll & karipap. Sampai kt kaunter nk bayar, aku dah ready le dgn duit RM1 nk byr ni… tapi geng duit aku tu tak cukup.. Cuba teka berapa jumlah kesemua kuih itu? (ceh, macam soalan matematik darjah 2 lak)

JAWAPAN: RM2.20

CEKODOK PISANG: RM1

SARDINE ROLL: RM0.70

KARIPAP: RM0.50

Tengok.. lum sampai seminggu harga minyak naik, harga kuih dh mcm tu.. Macam harga kuih kt KLIA le plak… lepas ni takyah le beli kuih kat ctu… buat je kuih kt rumah… (cepat… cari resepi buat kuih :) )

Seb baik rasa kuih2 tu sedap.. kalau tak bertambah sumpahan aku kat tokey gerai tu

Di suatu pagi di dalam perjalanan ke nurseri

  1. Tengah relax2

 

2. Laila dah ek ek… So ibunya sumbat puting

  

3. Tengah termenung nampak..

 

4. Terlelap dah..

5. Bila dah tido.. ibu tarik puting :)

Are your baby refusing bottles to feed? Here I got a tip..

Hari tu Laila xnak menyusu melalui botol walaupun susu tu.. susu BM.. Sebenarnya aku dh start ajar dia isap botol dr hari ke-30 lagi.. tapi disebabkan Laila dah jatuh cinta dgn BM ibu dia.. langsung dia taknak isap botol. Puas le aku latih dia isap botol dari semahal2 putting susu, dari semurah2 putting susu aku beli dan sua kat mulut laila… semuanya ditolak dengan lidahnya.. tercungap2 sampai tersedak2 dia isap botol.. Laila akan mengamuk bila dipaksa isap botol.. abis semua SIL, kengkawan, sedara mara aku tanya mcmmana nk train baby yg taknak isap botol ni.. Kebanyakkannya akan bagitau mmg baby akan menangis bila dilatih isap botol, TAPIII aku tak sangguplah lah tengok Laila menangis tersedu2 setiap kali dipaksa isap botol tu.. Laila ni penyedih.. kalau dah menangis kuat tu.. nk pujuk pun lama.. kesiannn… Sampailah hari aku mula bekerja.. Abis semua forum & artikel aku surf kat internet nk cari maklumat nk mengatasi masalah aku ni… Semuanya bgtau dgn tips yg sama.. melalui paksaan.. Hari pertama ditinggalkan, Laila menangis sbb lapar & taknak menyusu botol..Sampai merah2 hidung dan berair mata Laila menangis.. buntu kepala aku, tak tau nk buat mcmana.. takkan nk berhenti keje semata2 nk bagi Laila menyusu.. aku sure, mesti Laila boleh dilatih isap botol… Last2, dgn kuasa Allah yang amat besar aku dapat idea untuk Laila isap botol… Mula2 mesti cari jalan untuk Laila suka kat puting botol… Sebab susu bukan masalah utamanya, rasanya sama aku bukan guna susu formula.. Maka dapatlah aku idea nak try bagi putting kosong… kalau dia suka isap putting tu, kemungkinan besar dia boleh isap botol.. tgahari sebelum menyusukan Laila sempat singgah ke guardian beli puting kosong berjenama NUK. Kebetulan aku dah beli puting botol jenama yg sama.. Tghari tu, lepas Laila menyusu dgn aku, aku tinggalkan Laila main2 dgn puting kosong yang aku baru beli tu. Petang balik dari kerja, dengan tidak disangka2,  tengok2 Laila sdg menghabiskan susu botol sampai abis. Ooooooh Alhamdulillah… syukur… akhirnya Laila boleh isap susu botol tanpa keadaan terpaksa. Lega betul hati aku.. Akhirnya aku berjaya menemui cara untuk melatih baby isap susu melalu botol dengan cara yang tidak menggunakan kekerasan. Gambar2 bawah ni aku tunjukkan beberapa botol dan putting susu yg aku telah try sehingga usaha aku Berjaya…

 

The tips;

 

Please make sure:

 

  1. The milk is warm;
  2. The design of the soother/purifier (putting kosong) is same with the bottle teat; and
  3. Recognize which position your baby like to be fed.

 

Good Luck.. don’t give up.. do lots of experiment.

 

 

1. Botol pertama yg diperkenalkan.. Laila x suka

 

2. Try tukar puting susu ke NUK

3. Try puting konvensional plak- laila refuse

 

 

4. Try Breastflow The first years- laila refuse

5. Bagi ni.. br laila nk botol

6. Tengok tu.. sentiasa dibawa bersama :)

Laila 1st Day @ Nursery

Semalam adalah hari pertama untuk Laila duduk kat nursery G*N*R*S* di Presint 9 Putrajaya. Berat jugak nk buat keputusan hantar Laila ke sana. Tapi itulah keputusan terbaik aku & spekei amik setelah ditimbang tara. Nak suruh wan jaga, kesian kat wan, nak jaga atuk lagi, nak gi pasar lagi. Biarlah wan dapat pencen dgn berehat, mlm2 & weekend bleylah bermain2 dgn cucu.

Harap2 Laila ok kt nurseri tu. Antibodi kuat, sihat walafiat. Oleh yang demikian, ibu sanggup jumpa laila stiap kali time lunch untuk tambahkan antibodi Laila tu :)

 

Atuk Dalam Kenangan

Tanggal 5 Oktober 2007 bersamaan 23 Ramadhan 1428 tercatitlah satu peristiwa pilu dalam keluarga kami. Kami dikejutkan dengan panggilan kecemasan dari kampung, Atuk kemalangan. Atuk terjatuh dari motor dalam perjalanan pulang dari pasar setelah berselisih dengan lori treller yang panjangnye kira-kira 15-20 meter. Atuk dikejarkan ke hospital daerah KKB. Namun demikian, Hospital tersebut tidak dapat merawat kerana kekurangan pakar dan kemudahan. Kemudian Atuk dihantar ke Hospital SB, iaitu sebuah hospital yang baru dibina tesergam indah di tepi Lebuhraya PLUS Utara-Selatan.

Betapa gemuruh dan berderau darah kami mendengar berita itu. Aku amat terkejut. Baru 5 hari lepas aku berjumpa atuk dalam semasa majlis berbuka puasa di rumah. Teringat lagi kata-kata atuk semasa kami bersalaman ‘Doakan Atuk sihat ye.. Biar Atuk dapat beraya tahun ni’ Terkejut aku dengar kata-kata atuk tu sambil terangguk-angguk. Tak terkata aku. Muka Atuk nampak sebak sekali.

Boss menyuruh aku mengambil half day selepas melihat aku menangis sebak. Aku balik ke rumah dahulu untuk menunggu abang balik dari kerja dan pergi bersama ke Hospital. Petang itu kami menziarah atuk di hospital. Suasana sungguh syahdu. Kami bersalaman dan berpelukan sedih sesama ahli keluarga yang lain. Peristiwa ini memang memeranjatkan seluruh ahli keluarga kami. Melihat keadaan atuk pada waktu itu aku yakin yang atuk boleh sembuh. Walau bagaimanapun, itu merupakan titik bermulanya 40 hari atuk meninggalkan dunia ini.

Berikut adalah kronologi peristiwa yang menyayat hati keluarga kami:

 

Kronologi Memori Menyayat Hati:

5 Oktober - Jumaat (Hari kejadian) – Atuk Kemalangan

13 Oktober - Sabtu (Hari- 8) – Hari Raya (Kami Beraya di Hospital SB)

                                    - hari Raya Aidilfitri yang paling menyedihkan

15 Oktober - Isnin (Hari-10) – Doktor HSB menyatakan kaki atuk perlu dipotong kerana tidak dapat diselamatkan.

17 Oktober - Rabu (Hari-12) – Doktor HSB mengaku kekurangan kepakaran dan membenarkan atuk dipindahkan hospital. Atuk dipindahkan ke HUKM

20 Oktober – Sabtu (Hari-15) – Pembedahan untuk memotong kaki atok

25 Oktober – Khamis (hari-20) – Janet Keguguran

26 Oktober – Jumaat (hari -21) – Atuk Sesak Nafas

 

31 Oktober – Rabu (Hari 26) – Doktor memaklumkan Atuk Nazak – kami semua ke hospital

1 November – Khamis (hari 27) – Atuk Nazak sekali lagi kami semua ke hospital sekali lagi. Kami semua bersetuju supaya atuk dibawa pulang.

                                                            - Atuk kembali ke rumahnya. Perubahan ketara dalam diri atuk. Dia begitu bersemangat & Nampak sihat.

8 November – Khamis (Hari 34) – Balik Kampung, menziarah atuk & membantu persiapan majlis kenduri perkahwinan Jaji

9 November – Jumaat (Hari 35) – Majlis Pernikahan Jaji selepas Isyak

10 November – Sabtu (Hari 36) – Majlis Kenduri di Rumah Pengantin Perempuan

11 November – Ahad (Hari 37) - Majlis Kenduri di Rumah Pengantin Perempuan

13 November – Selasa (Hari 39) – Menghantar Ibu Along berangkat ke Mekah menunaikan Haji

14 November – Rabu (hari – 40)- 4.45 am Atuk menghembuskan nafas yang terakhir.

 

Atuk pergi pada hari ke-40 sejak mula dia kemalangan. Atuk pergi dengan wajah yang tenang. Pemergian atuk ini memang amat menyedihkan dan meninggalkan kesan yang amat mendalam pada kami sekeluarga. Majlis perkahwinan cucunya tetap dijalankan, walaupun dia hanya terbaring di katil. Dengan hati yang berat,  anak sulongnya meneruskan rancangannya berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji. Selepas 8 jam Maklong bersalaman & bermaafan dengan atuk untuk berangkat, atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Atuk meninggalkan kami selepas semua yang dirancang disempurnakan. Atuk meninggalkan seorang isteri, 7 anak (6P 1 L), 30 cucu dan 11 cicit.

Pada kami Atuk merupakan seorang insan yang amat istimewa. Insan yang penuh dengan kasih sayang, yang murah dengan senyuman dan amat disenangi oleh semua orang. Senyumannya sentiasa terbayang-bayang di ingatan dan kehangatan kasih sayangnya masih terasa-rasa. Aku pasti sesiapa sahaja yang pernah berjumpa dan kenal dengan Atuk pasti amat senang dengannya. Atuk sentiasa istimewa di hati kami.

‘Atuk kami semua sentiasa sayang atuk… kami rindu atuk.. Semoga Atuk tenang di sana’

 

AL-FATIHAH

atuk-solo.jpg

-Allahyarham Haji Mohamad Bin Andak- 

 

atukwan-rayaedited.jpg

Atuk & Wan: Pasangan sejati

 

atukwan-konvo2.jpg

 On My Convo

 

dsc_0159-a.jpg

On My Wedding

P/S: Sorry geng, it took a month for me to post this news.. it really hard for me…

Kampungku ke Kampungmu?

Jawapan Aku: ‘kampungmu’ 

Sepertimana mengikut perjanjian yang telah dimeterai bersama spekei, Hari Raya Aidilfitri yang pertama kami akan sambut di Klang. Mula2 terasa jugak perasaan gundah gulana mebayangkan inilah raya yang pertama tak bersama ibu. Macamanalah keadaan ibu membuat persiapan memasak rendang, ketupat & pelbagai tanpa aku di sisi (mcm le terer sgt aku ni..). So tiba2 je aku jadi sensitif apabila mendengar lagu-lagu raya favorite aku selama ini seperti lagu Mamat (Ku Pohon Restu Ayahbonda) dan Lagu Sudirman (Dari Jauh Ku Pohon Maaf)… syahdu je. Kalau diikutkan perancangan awal, hari raya ketiga baru dapat jumpa parents aku.

Tetapi setelah membuat perundingan kali kedua dan memandangkan lokasi kedua2 rumah parents kitorang dekat, selangor aje, maka kami telah membuat perjanjian baru… Kita cuma tetapkan sehari sebelum raya & solat raya di mana.. tghari @ ptg boleh balik rumah yang kedua pulak. Jadi.. win-win situation lah. Raya pertama kita dapat jumpa dua2 parents.. program selanjutnya… bergantung pada keadaan semasa dan aktiviti keluarga masing2.. Keluarga dah semakin besar kan…

Syukur.. :)

Aku harus lagi bersyukur kerana tahun ini aku beraya bersama suami di sisi beserta keluarga baru yang dah bertambah.. Kalau sebelum ini semasa bujang suasana raya untuk setiap tahun sama je aktiviti.. tahun ni keadaan dah berubah.. program raya pun dah bertambah.. Tentu lagi meriah..

Maka di kesempatan saya dan suami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan. Maaf Zahir & Batin. Berhati-hati di Jalan Raya ketika dalam perjalanan ke kampung halaman masing-masing. Jaga diri baik2.. jaga kesihatan baik2.. Ingat Allah selalu.. Selamat Beraya!

design05.jpg

P/s: Geng.. korang mcmane pulak.. Kampungku ke Kampungmu?